LAMAN CIKGU BAHRI


1.KAEDAH STRUKTURAL
1.       Tujuan faham aspek kesusasteraan, sturktur & binaannya
2.        Tidak pentingkan pghayatan/
3.       Analisis dari sudut pmbinaan/strukturnya
4.       Guna kaedah induktif bagi mgkaji elemen struktur
5.       Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirian

CIRI KAEDAH STRUKTURAL :
§  Perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar, teknik, gaya bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya.
§  Guna pendekatan induktif
§  Dibimbing cari objektif tertentu elemen struktur
§  Unsur struktur dikenal dulu sebelum pengajaran dimulakan
§  Banyak dipandukn olh guru
§  Bahan bantu mengajar tidak dipentingkn
§  Kaedah yang sesuai di peringkat tinggi



2.KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
1.       Tekankan apa yg dialami oleh pmbaca
2.       Sejauh mana pmbaca dpt mghayati rakaman penulis melalui bhs yg disampaikn
3.       Tekankan penikmatan
4.        Aspek sasatera yg dikaji perlu dirasai & dihayat
5.        Guna semua pgalaman murid bg mdpat sesuatu pgalaman baharu.
6.       Bbm penting utk suburkan imaginasi
7.       Buat simulasi agr wujud kefahaman mdlm
8.       Boleh beri kepuasan & tinggalkn kesan yg mdlm di jiwa murid.
9.        Guna pgalaman utk buat tanggapan karya

CIRI KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI
§  Pengalaman murid diutamakan
§  Bimbing murid & dapatkn emosi & pgalaman drpd karya
§  Objektif terakhir ialah penikmatan & pghayatan.
§  Bbm & teknik pyoalan mambantu guru capai objektif
§  Murid diberi peluang bca karya dahulu dlm masa ttntu utk dptkan kesan pghayatan
§  Elemen struktur akn disentuh scr x lgsung
§  Dilatih guna fikiran dgn kritis & kreatif
§  Aktvt murid bersama bimbingan guru amat penting – murid melakonkn sendiri & bncng persoalan tertentu yg wujud dlm fikiran tnpa ditetapkn olh guru.
§  Bbm amat penting. 
§  Dpt wujudkn sebuah kelas yg aktif

3.KAEDAH BERFOKUS
§  Fokus pd kandungan & isi pelajaran
§   2 tumpuan :
§  Tumpuan Utama : FOKUS UTAMA
§  Tumpuan Kedua : Fokus Sampingan (lbh drpd 1 & utk bantu & kuatkn fokus utama)
§  FOKUS UTAMA : Pkara paling menonjol dlm karya yg mahu diberi penekanan
§  FU & FS boleh bertukar ganti


4. KAEDAH GLOBAL
1.       kaedah mudah spt simulasi khasnya bdrama.
2.       Mesti bsesuaian dgn thp keupayaan murid & situasi murid krn meliputi kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak2.
3.       kaedah ini dilakukan secara bebas.

PELAKSANAAN KAEDAH GLOBAL

  1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
  2. Guru meminta murid mencari persoalan yg menarik dalam karya sastera.
  3. Dalam suasana informal guru meminta murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
  4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
§  lakonan berasaskan gambar
§  lakonan berasaskan skrip
§  lakonan guna topeng
§  lakonan guna cerita berlagu

KRITERIA MENILAI KARYA GUNA KAEDAH GLOBAL
§  Meneliti sesuatu aspek karya secara menyeluruh, bukannya terpisah-pisah.
§  Melihat hubungan elemen atau komponen yang membina karya
§  Elemen atau komponen karya dinilai secara impression, am dan spontan.
§  Penilaiannya adalah bersifat subjektif
§  Kajian atau penilaian boleh dilakukan secara separuh global sebelum menjurus kepada aspek khusus yang hendak dikaji.


PENDEKATAN

1) Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.
Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek.

Contoh: Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut.

Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera.

KAEDAH
1) Kaedah Struktural
·         Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.
·         Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti
·         watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya;
·         latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu;
·         jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita,
·         sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil;
·          jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali;
·         jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan
·          isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.
·         Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya.
·         Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.


2) KAEDAH MENGALAMI DAN MENGHAYATI
·         Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.
·         Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.
 Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.


3 Pendekatan Pemahaman Teks
• Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.


SASTERA BANDINGAN
·         Disiplin ini tercetus kesan daripada reaksi pengkaji sastera yang ekstrem terhadap perubahan semangat kebangsaan pada abad ke-18.
·         Kajian merangkumi pelbagai bentuk sastera sesuatu bangsa dan membandingkannya dengan sastera bangsa yang lain.
·         Kajian merangkumi dua aspek iaitu vertikal iaitu tentang aspek masa dan horizontal iaitu tentang aspek ruang.
·         Ada 2 mod kajian bandingan;
1.      Merentas negara/bangsa
2.      Merentas disiplin

Merentas negara
·         Tematik
1.       Bandingan tema antara karya sastera.
2.       Contohnya; Pulang Si Tenggang (Muhammah Haji Salleh) dengan The Bamboo Dancers (Gonzalez). Kedua-dua karya ini bertemakan pengembaraan mencari identiti.
·         Genetik
1.       Kajian mengenai bandingan asal usul, untung nasib, penerimaan, pengaruh, terjemahan.
2.       Terjemahan bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan bahasa asal dan bahasa sasaran serta ketepatan dan keindahan yang digarap orang pengarangnya. Contoh; Orang Asing (Ainon Muhammad) dengan The Outsider (Albert Camus).
3.       Pengaruh yang boleh melibatkan bandingan karya mengikut zaman. Contoh, novel Perlumbaan Kedua (Marwilis Haji Yusof) yang terpengaruh dengan cerita asal Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura.

·         Generik
1.       Berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg dimiliki dalam sesuatu genre seperti epik, novel, cerpen, sajak, drama dll.
2.       Contoh; banding ciri-ciri puisi Penerimaan (Chairil Anwar) dengan Kusangka (Amir Hamzah).
3.       Dalam Penerimaan, ‘Aku’ masih boleh menerima dan menanti gadis yang dicintai walau sudah tidak suci lagi, namun dalam Kusangka, ‘Aku’ sudah tidak mahu menerima lagi gadis yang dicintainya setelah tidak suci lagi.


·         Keselarian
1.       Misalnya, unsur yang melahirkan karya iaitu diri pengarang dan persekitarannya.
2.       Contohnya; Shahnon Ahmad dan Kamala Markandaya dibesarkan dan dibudayai oleh kehidupan masyarakat tani. Dapat dilihat melalui persamaan novel mereka yang berlatar belakangkan masyarakat tani iaitu Ranjau Sepanjang Jalan (SA) dan Madu Dalam Saringan (KM)
3.       Contoh; novel Daerah Zeni (A.Samad Said, Malaysia) dengan novel Jalan Flander (C.Simon, Perancis) merupkan karya sastera antara negara berlainan namun dikatakan C.Simon merupakan pengikut neuveau roman yang tidak begitu setia dan A.Samad Said juga terpengaruh dengan aliran neuveau roman dan juga tidak setia. 

·         Konsentrik

Merentas disiplin
·         Sastera dengan seni lain
1.       Bandingan sastera dengan seni tampak, muzik dll)
2.       Contoh; Bandingan subplot yang serupa atau hampir serupa yang berulang-ulang dalam sesebuah karya sastera dengan refrain atau leitmotive dalam muzik.
3.       Bandingan citra (gambaran atau imej) bagi aliran romantisme dalam seni sastera (karya sastera) dan seni lukis.

·         Sastera dan disiplin lain
-          Konsep dan aspek tertentu dalam karya sastera dengan konsep dan aspek tertentu dalam seni atau ilmu lain atau kepercayaan.
-          Contoh; Perbandingan antara aspek penceraian dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah (Hamka) dengan sesebuah buku syariah tentang penceraian.

·         Sastera dan kepercayaan

Interteks
1.       Tiap-tiap karya wujud dalam hubungannya dengan karya-karya lain yang mendahuluinya.
2.       Setiap teks merupakan penyerapan (transformasi) teks-teks lain.
3.       Kajian intertekstual dimaksudkan sebagai kajian terhadap sejumlah teks yang diduga mempunyai bentuk-bentuk hubungan tertentu. Misalnya, untuk menemukan adanya hubungan unsur-unsur intrinsik seperti idea, gagasan, peristiwa, plot, penokohan, dan gaya bahasa di antara teks-teks yang dikaji.
4.       Secara lebih khusus dapat dikatakan bahwa kajian interteks berusaha menemukan aspek-aspek tertentu yang telah ada pada karya-karya sebelumnya dan pada karya yang muncul kemudian.
5.       Maksudnya, setiap teks, mengambil hal-hal yang baik lalu diolah kembali dalam sebuah karya baru atau karya baru itu ditulis setelah melihat, mencerapi, menyerap hal yang menarik sama ada secara sedar maupun tidak sedar.
6.       Teks yang menjadi latar penciptaan karya baru disebut hipogram, dan teks baru yang menyerap dan mentransformasikan hipogram disebut teks transformasi (Riffaterre, 1978).
7.       Contoh; Teeuw (1983) membandingkan antara sajak Berdiri Aku karya Amir Hamzah dengan Senja di Pelabuhan Kecil karya Chairil Anwar.
8.       Contoh; novel Layla Majnun (Nizami) dengan Romeo and Juliet (William Shakespeare).

PARODI
1.       Hutchinson (1983), parodi ialah satu menifestasi pengaruh yang diperlihatkan oleh pengarang dalam sesebuah karya sama ada karya sastera, lukisan ataupun teater dan, pengaruh itu dimanifestasikan secara luar biasa daripada karya asal.
2.       Karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg melucukan atau menyindir.
3.       Parodi yang dihasilkan oleh seseorang pengarang boleh bensifat mengkritik, menyindir ataupun melucukan ke atas model ataupun karya asal; dan ia dihasilkan dengan mempunyai mesej tertentu.
4.       Untuk sesebuah karya parodi itu “hidup”, ataupun dihayati oleh pembaca, maka ia terpaksa bersandar pada sebuah karya yang sudah dikenali umum, dan pertalian itu begitu jelas.
5.       Parodi bukan bermakna pengarang itu ketandusan idea untuk berkarya sehingga terpaksa meniru karya lain. Sebenarnya,
6.       untuk menghasilkan sesebuah kanya panodi memerlukan kreativiti tententu seperti yang lazim diperlukan oleh seseorang pengarang untuk benkarya.
7.       Contoh; Perlumbaan Kedua (Manwilis  Haji Yusof) dan Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon Ahmad)
Perlumbaan Kedua (Manwilis  Haji Yusof)
1.       mendapat kesan pengaruh daripada tipa yang terdahulu iaitu “Perlumbaan Kura-kura dengan Amab”
2.       menggubah sebuah cerita baru berdasarkan kisah tersebut.
3.       Bertujuan untuk menyindir gaya penulisan pengarang rakyat yang tidak dikenali namanya.
4.       mungkin suatu kritikan secara langsung atau sebaliknya.
5.       mungkin menyindir dan mempersenda secara bersahaja; atau mungkin bertujuan mengkritik secara bijaksana terhadap karya
(cerita) asal.
6.       Contohnya; tiba-tiba Sang Kancil yang pada suatu ketika dahulu (cerita asal) dikenali sebagai haiwan bijaksana dan arif — pernah beberapa kali berjaya menipu, menjadi hakim, dan pernah juga tertipu, muncul mencabar Arnab yang tangkas agar berlumba lagi dengan kura-kura dalam Perlumbaan Kedua.

Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon Ahmad)
1.       Membaca cerpen ini akan membuatkan pembaca mengimbas kembali Sejarah Melayu. Perhubungan cerpen ni dengan Sejarah Melayu adalah suatu perhubungan yang bersifat parasitic, kerana WEKWM “hidup” bensardar pada sebuah karya yang lebih besar dan sudah dikenali umum.
2.       Parodi dilakukan terhadap peristiwa kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran yang berbeza.
3.       Dalam WEKWM, Shahnon Ahmad menggambarkan bahawa Raja Suran dan ketiga-tiga anaknya itu bukan berasal dari laut seperti yang dipaparkan dalam Sejarah Melayu, tetapi dari Tanah Keling.
4.       Kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran di Bukit Siguntang pula tidak mengubah keadaan tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma.
5.        
Kelebihan Sastera Bandingan
1.       Sastera di Malaysia akan diangkat tahap nasionalnya ke tahap internasional. Tidak lagi dianggap kelompok marginal yang ketinggalan dan berada pada tahap yang lama.
2.       Karya sastera Melayu akan disegani apabila
3.       Pengkaji dapat menghayati dan memahami karya sastera walaupun dari luar lingkungan atau budaya sendiri.
4.       Menemukan unsur nilai atau unsur kesejagatan dalam sastera yang dapat memupuk rasa kefahaman dan kehormatan dalam kalangan manusia.
5.       Membolehkan pengkaji mengatahui adanya unsur peniruan, penciplakan dan pengaruh apabila mengkaji dua atau lebih karya.

TEKNIK
Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mestamu
1.       Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya  tanpa muzik.
2.       Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap.
3.       Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.


Deklamasi

1.       Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya yang sesuai.
2.       Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

Langkah pengajaran menggunakan teknik deklamasi
       Video deklamasi sajak dipertonton kepada murid.
       Guru berbincang dengan murid tentang video yang telah ditunjukkan.
       Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak di hadapan kelas.
       Sekiranya terdapat kesalahan dari aspek sebutan dan intonasi, guru segera membetulkan kesilapan tersebut dengan memberi bimbingan mendeklamasikan sajak dengan betul.


• Pemaduan seni
1.       Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera.
2.       Untuk tujuan pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan  fakta mengenai watak tersebut.

Adaptasi,

1.       Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu.
2.       Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.
3.       Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

Kerusi panas

1.       Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera.
2.       Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
3.       Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.
4.       Kerusi Panas atau Hot Sitting adalah satu teknik latihan asas penghayatan watak dan perwatakan.
5.       Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater.
6.       Biasanya, pelakon akan diberi satu peranan dan akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak dalam semua aspek.
7.       Kerusi panas adalah kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
8.       Seorang pelajar duduk di kerusi itu dan bersedia menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
9.       Soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan watak yang dilakonkan dalam cerita daripada teks.

LANGKAH PELAKSANAAN
i.  Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diberikan tugas untuk membincangkan watak dan perwatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si Ketua Semut untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan Raja Sulaiman untuk kumpulan 2 dan watak dan perwatakan Semut hitam untuk kumpulan 3.
iii. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan .
iv.  Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Disamping itu, ahli kumpulanlain dibenarkan untuk menyoal.
v.  Jika pemegang watak tidak dapat menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini, rakan yang menonton akan mencatat watak dan  perwatakan dalam lembaran grafik.


Boneka
  1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, boneka ialah anak patung, anak-anakan. Patung yang dimaksudkan ialah patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
  2. Menurut ensiklopedia bebas, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang berbentuk pelbagai terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.
  3. Boneka merupakan sebarang objek yang digerakkan lakonan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.

JENIS-JENIS BONEKA
  1. Boneka Sarung Tangan
  2. Boneka lidi
  3. Wayang kulit
  4. Boneka bertali
  5. Boneka jari
  6. Boneka penuh

TUJUAN BONEKA DALAM P DAN P
  1. Sebagai alat bantuan dalam proses P dan P  untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.
  2. Mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.
  3. Mendedahkan murid untuk bekerjasama secara berkumpulan.

Langkah Pelaksanaan
i.   Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
ii.  Setiap murid berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi pembahagian watak dalam masa yang ditetapkan.
iii. Guru akan meminta murid-murid untuk menjayakan aktiviti di hadapan kelas.
iv.  Murid-murid akan diberikan latar, skrip mengikut watak mereka.

• Teater Pembaca, Teater Bercerita
Teater pembaca
1.       Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu.
2.       Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut.
3.       Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama.
4.       Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu.
5.       Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

• Improvisasi

Improvisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam pengajaran cepern misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

 NYANYIAN
  1. Suara merupakan satu alat muzik semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.
  2. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut dan seronok.
  3. Cara yang baik bagi kanak-kanak untuk menimba pengalaman muzikal.
  4. Nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.
  5. Nyanyian lagu kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa tema contohnya  tema haiwan, tumbuhan, konsep masa, nombor dan sebagainya
  6. Mempelajari nilai kerjasama dalam kumpulan, sikap positif dan semangat ingin mencuba
  7. Murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni melalui lagu yang dinyanyikan
  8. Keyakinan diri kanak-kanak bertambah
LAKONAN
       Definisi Teknik Lakonan
       Lakonan ialah meniru watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.

Kelebihan Lakonan
Individu
       Melatih murid menggunakan unsur bahasa seperti jeda, intonasi dan nada.
       Melatih murid menggunakan mimik muka, gerakan tangan, kepala dan sebagainya.
       Menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran.
       Mendidik sifat berani untuk ke hadapan dan melontarkan suara.
Sosial
       Mengalakkan interaksi antara murid.
       Melahirkan kerjasama dalam kumpulan

Langkah Pengajaran
       Murid diberikan teks yang mengandungi skrip lakonan.
       Murid diminta membaca secara mentalis terlebih dahulu.
       Guru menunjukkan cara bacaan skrip dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
       Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta berbincang.
       Murid diminta mempersembahkan lakonan.

DEKON
(deklamasi dan lakonan)
     Definisi Dekon
       Dekon ialah sajak yang dideklamasikan oleh penyajak dengan disertai beberapa orang murid yang akan melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak tanpa suara.
       Singkatan dari deklamasi dan lakonan
       Menekankan pergerakan sewaktu mendeklamasikan sajak.

KELEBIHAN Dekon
Individu
       Melatih murid untuk menggunakan mimik muka, pergerakan badan.
       Melatih murid untuk mendeklamasikan sajak.
       Lebih mudah untuk murid mengingati sajak.
       Melahirkan kreativiti murid dalam pergerakan lakonan.
       Meningkatkan kemahiran mendengar.
       Memberi kefahaman dan gambaran yang lebih tentang maksud sajak.
Sosial
       Menggalakan kerjasama antara penyajak dan pelakon.
       Meningkatkan teknik komunikasi antara satu sama lain.

Langkah Pengajaran
       Murid diedarkan teks sajak.
       Murid diminta membaca sajak secara senyap.
       Guru menunjukkan cara bacaan sajak dan murid diminta mengikut bacaan guru.
       Guru menerangkan mengenai teknik dekon.
       Murid membaca sajak dan guru melakonkannya sebagai tunjuk cara.


SASTERA KANAK-KANAK

DEFINISI
dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan
·      dalam bentuk tulisan dan ilustrasi.

MANFAAT
·      berupaya mlengkapkan pkembangan seseorang kanak-kanak.
·      mampu memberikan keseronokan
·      dapat merangsang imaginasi
·      dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri
·      dapat memahami bhs secara semula jadi
·      dapat membantu mendapatkan maklumat
·      dapat memupuk nilai-nilai murni

ASPEK PENTING PENULISAN KANAK-KANAK
·      Sesuai dgn usia, tahap berfikir dan pencapaian bhs kanak2
·      Bentuk, isi & tujuannya perlulah segera dpt menarik minat mbaca kanak2
·      Berdasarkan tujuan pendidikan tertentu.
cth :banyak menyelitkan unsur yg berkait rapat dgn PnP formal.
·      tema, pemikiran dan persoalan harus sesuai utk mencapai matlamat pendidikan prasekolah.
cth :bersifat didaktik dan menghiburkan, bknnya membawa pemikiran berat ttg kehidupan
·      Kesulitan yg bakal dihadapi oleh kanak2 perlu diambil kira sms pengarang mencipta cerpen.
·      Penggunaan bhs dalam cerpen kanak2 haruslah sesuai dgn thp pencapaian mrka.
cth :Bhs yg digunakan haruslah terjamin kesopanan & mutunya. Mudah difahami oleh kanak2,  ada tanda bacaan yg betul &teratur, ayat yg pendek & perkataan yg tegas.
·      Perlu memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar.
cth : bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar ada nilai sastera & ilustrasi yang memancarkan mutu seninya

KEBAIKAN SASTERA KANAK2
·      Bantu pkbgn bhs & komunikasi kanak2
·      Didedahkn dgn fungsi literasi yg bermakna & menarik
·      Tgkatkn perbendaharaan kata
·      Dpt buat penilaian ttg perasaan org lain
·      Tingkat sifat kerohanian
·      Tingkat kmhrn bsosial (peniruan)
·      Tahu perbezaan individu
·      Tahu cara atasi mslh emosi
·      Ilutrasi – tgkat pkbgn emosi
·      Tgkat kreativiti & imaginasi

CARA GABUNGJALIN SASTERA DLM PNP
·   Guna bhn bacaan asas – bacaan bersiri yg diperingkatkn drpd mudah ke susah. (bntu guru kawal prgram bacaan scr sistematik)
·      Guna buku bg tema tertentu
·      Sedia sudut literasi
·      Sedia koleksi buku kanak2

FUNGSI SASTERA KANAK2 & REMAJA
1.   utk membiasakan mrk dgn bhs sastera.
2.   utk mpertingkatkn thp keintelektualan, daya imaginasi & kreativiti kanak2 dan remaja
3.   Sbg medium hiburan
4.   utk menyampaikan pengajaran & didikan moral kpd msyrkt tradisi.
5.   utk menerapkan nilai murni kpd pembaca
6.   sbg keperluan material / kebendaan. Kperluan material ini mggambarkan keadaan kehidupan fizikal yg serba lengkap.
SASTERA REMAJA
1.       bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang relevan dgn pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahun
CIRI-CIRI SASTERA REMAJA
1.     Relevan dgn pertumbuhan & pkmbangan psikologi & psikososial remaja
2.     Tgkatkan pgalaman & pgetahuan remaja.
3.      Mengajak remaja berfikir scr rasional & kritis
4.      Rangsang minat & berupaya mghidupkan daya imaginasi & daya cipta.
5.  Dpt tampilkan watak2 teladan yg boleh mpkayakan kesedaran org ramai thadap lingkungan kehidupan, kesihatan & mbina wawasan terhadap ramaja.
6.   Ada nilai murni yg dpt menyumbang kpd pglahiran insan yg seimbang dr rohani, jasmani & intelek.
7.    Meneroka kpd isu multicultural ttp x mjdi  streotaip yg teroka dunia remaja yg ada budaya yg berlainan ttp dpt diaplikasi ke dalam budaya lokal & mbangunkan dalam konteks kehidupan msyrakt Melayu.
Unsur2 yg lbh mcabar, ada kelompok yg ttindas, bincang ttg suara bisu yg patut diperdengarkan, ada perspektif yg tepat & x bias.
Guna bhs yg sederhana & mudah difahamu tp arasnya lbh tinggi drpd sastera kanak-kanak.
Diselitkan dgn adegan romantis dan cinta.
Konsep realiti kehidupan spt ada bidang politik, falsafah, pembangunan diri remaja.

Konsep Puisi
1.       Puisi sering dianggap objek yang kabur dan menakutkan. Banyak orang yang cuba menjelajahinya tersesat dalam rimba puisi yang gelap dan misteri itu.
2.       Seserang pujangga yang mencipta puisi mengikut T.S. Eliot (1993) ialah “arkitek yang membina keindahan pengalaman dengan kecantikan bahasa secara bijaksana”.
3.       Za’ba (1962:218)  yang mendefinisikan puisi sebagai karangan berangkap, dilihat memberikan tafsiran yang agak umum dan kabur walaupun terdapat penegasan tentang konsep kecantikan puisi tersebut. Katanya:
“Karangan berangkap itu khas dipakai untuk melafazkan fikiran.”
4.       Struktur karangan berangkap yang dimaksudkan Za’ba merangkumi aspek susunan kata, rentak bunyi dan isi.
5.       Dalam perbahasan pengarang-pengarag cara baharu sekarang, karangan demikian disebut “puisi” (berlawanan dengan “prosa” iaitu karangan lurus sahaja).
6. Sebait puisi juga merupakan alunan rasa dalam kilasan imaginasi si penyajak seperti yang dikonsepkan oleh William Worsdworth (1988:4) iaitu “suatu pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan dalam suasana tenang”.
7.       Sungguhpun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa puisi ialah ciptaan yang indah daripada aspek bentuk dan isi sehingga mendorong Samuel Taylor Coleridge (1988:4) menganggap puisi sebagai “the best words in their best order”.



CIRI-CIRI PUISI
Pada umumnya, puisi mempunyai ciri berikut:
1.       Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
2.       Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar, sama ada berbentuk konvensional, berpola (bagi puisi tradisional) atau berbentuk bebas (bagi sajak).
3.       Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.
4.        Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu (bagi puisi tradisional) atau tanpa ikatan pola tertentu (bagi sajak) yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi  dan panjang-pendek perkataan.
5.       Bagi puisi tradisional, wujud pembahagian unit dalam penyataan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai.
6.        Digunakan dalam kehidupan masyarakat seharian untuk hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaraan dan sebagainya. Puisi berfungsi juga sebagai pancaran pemikiran masyarakat zamannya.
7.        Ada puisi tradisional yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan system kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu, misalnya ungkapan Adat Pepatih.
8.       Bahasa yang padat, kental mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan sama ada bersifat tradisional atau moden untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan.


JENIS PUISI
1.       Puisi, sebagai satu genre kesusasteraan, terbahagi kepada dua jenis utama iaitu puisi tradisional dan puisi moden iaitu sajak.
2.       Dalam teks Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas), puisi tradisional mempunyai beberapa sub-jenis lagi. Sub-sub puisi tradisional adalah seperti yang berikut:
-       Pantun
-       Syair
-       Gurindam
-       Seloka

Mengenal Aspek Dasar Puisi
(i)                 Medan Makna
Medan makna merujuk kepada perkara-perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.
(ii)               Medan Kata
Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa sesebuah puisi

(iii)             Medan Rasa
Aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.



SELOKA
1.       Istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
2.       Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat Piah, 1989, hlm. 334).

CIRI DAN BENTUK 
Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut :
i)                    Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
ii)                   Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)
iii)                 Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
iv)                 Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.


SYAIR
1.       Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shi’r (puisi / sajak) dan sha’ir (penulis puisi / penyajak). Syair mula diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri dan berkembang selepas kematiannya pada 1630.
2.       Dipercayai bentuk prototaip syair tertulis pada 1380 di batu nesan Minye Tujuh, Acheh.
CIRI SYAIR
1.       Empat baris serangkap.
2.       Jumlah perkataan ialah 3 – 4 perkataan sebaris dengan bilangan suku  kata   antara 8 – 12.
3.       Skima rima hujung ialah a,a,a,a dan rima tengah tidak dipentingkan.
4.       Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di hujung baris – pertukaran lengguk suara dan melodi.
5.       Keseluruhan baris ialah satu kesatuan idea.
6.       Syair tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu rangkap. Sebaliknya, keseluruhan rangkap ialah satu kesatuan idea.
7.       Isinya bercorak cerita atau huraian panjang tentang sesuatu subjek. Bahasanya puitis.
8.       Sesebuah syair ialah satu cerita yang lengkap (mengandungi watak, urutan peristiwa, plot seperti cereka).

Cara Mendendangkan Syair
Lagu Selendang Delima :Lagu syair ini digunakan secara meluas oleh pelajar dan guru di sekolah serta masyarakat umum untuk mendendangkan syair.
Lagu Siti Zubaidah :Lagu ini popular di Pahang dan Terengganu.
Lagu Rakis : (teks Syair Rakis – karangan Almarhum Pangeran Shahbandar Pangeran Mohamad Salleh).Popular di Brunei dan Sarawak.
Lagu Narasi :Popular di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan



GURINDAM
1.       Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.
2.       Bentuk gurindam adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima a;a. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
3.       Bahasanya bernas dan serius. Isinya mengandungi nasihat, pengajaran,  kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.


 CIRI-CIRI GURINDAM
1.       Dua baris serangkap
2.       Empat hingga enam patah perkataan / 8 – 12 suku kata sebaris.
 Contoh :
Apabila terpelihara mata,Sedikit cita-cita.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,Daripada segala berat dan ringan.  (Kerusi, hlm. 8)
3.       Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak ditentukan.
4.       Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a.
5.       Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam baris. 
6.       Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama ) dan jawab atau  anak kalimat (baris kedua)
7.       Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

TRADISI LISAN:
·         Prosa lipur lara, mitos, lagenda, cerita rakyat
·         Puisi – pantun, syair, gurindam, seloka
·         Lagu Rakyat (LR) merupakan satu daripada  genre puisi klasik yang merdu apabila dipersembahkan secara berlagu.
·         LR terhasil daripada  gabungan gubahan  seni kata dan melodi dengan / tanpa iringan muzik.
·         LR mencerminkan pemikiran, sikap, nilai dan kelakuan rakyat dalam sesuatu  masyarakat.

Jenis Lagu Rakyat:
·         2 Jenis / golongan
·         Lagu Rakyat Tanpa Mementingkan Lirik Proto folksongs (worldless folksongs): muzik lebih dipentingkan daripada lirik lagu. Mengiringi muzik tarian.
·         Lagu Rakyat Mementingkan Lirik (Near folksongs) : lirik lebih dipentingkan daripada muzik. Alat bunyi-bunyian yang digunakan lebih mudah / ringkas seperti rebana, serunai, gendang, biola atau  gamelan.




Ciri-Ciri Lagu Rakyat:
1.       Lahir secara spontan, tidak bertulis dan pelbagai bentuk seperti pantun, syair, pepatah petitih, bidalan dan sebagainya.
2.       Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahan seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan lain-lain.
3.       Bahasa yang digunakan dalam lagu rakyat mengikut dialek tempat asal.
4.       Gaya persembahan memaparkan bentuk tradisi walaupun ada yang mengalami perubahan.
5.       Peralatan muzik untuk persembahan Lagu Rakyat pada asasnya menggunakan alatan yang ringkas dan mudah seperti gendang, gong, rebana dan kompang sahaja.

6.       Fungsi Lagu Rakyat:
7.       Dalam tradisi kolektif masyarakat lisan, lagu rakyat  berperanan:
8.         -  sebagai alat hiburan (escapisme) diri dari kemelut  hidup dan persekitaran
9.                   yang merungsingkan, untuk kedamaian jiwa.
10.     - meningkatkan semangat bekerja dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab.
11.    -   menceritakan salasilah keluarga atau keturunan (masyarakat Jawa).
12.     -   wahana protes sosial dan protes ketidakadilan dalam masyarakat.
13.     -  alat untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung - pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman.


0 Responses

Post a Comment