LAMAN CIKGU BAHRI
Baca ucapan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA KAWASAN SELATAN

Yang  mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tan Sri DatoMohd.
Rashdan bin Baba (Pengerusi Eksekutif Telekom Malaysia ), Encik Baharom bin Salleh (Pengurus Telekom Malaysia), dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

             Saya , Abdul Halim Hussain, Selaku Pengurus Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato Rashdan keranasudi hadir dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Kawasan Selatan bagi kali yang keempat. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada semua urus seti yang telah bersusah payah bagi memastikan kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar.Alhamdulillah , sekali lagi kakitangan Telekom Kawasan Selatan dapat berinteraksi dan beradu tenaga dalam acara -acara sukan yang dipertandingkan. Saya berharap semua peserta akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dan penuh semangat kesukanan di samping mengeratkan silaturahim antara kita. Saya yakin semua peserta akan lebih bersemangat lagi dengan kehadiran yang berbahagia Tan Sri Dato Mohd Rashdan .
            Walaupun sibuk dengan pelbagai tugas namun kakitangan Telekom Malaysia Kawasan Selatan tetap menyokong sebarang kegiatan sukan yang di adakan di kawasan ini. Hal ini kerana melalui sukan sahaja badan kita akan cergas dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan. Untuk tujuan itu berbagai-bagai kelengkapan dan kemudahan sukan telah di sediakan oleh pihak Telekom sebagai membuktikan komitmen nereka dalam bidang sukan
            Akhir kata, pihak Telekom Malaysia Kawasan Selatan ingin melihat kakitangannya maju dalam sukan dan juga mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang. Kita mahu kedua-duanya seimbang. Kepada semua peserta saya mengucapkan selamat maju jaya. Semoga lebih banyak kegiatan seperti ini di anjurkan untuk manfaat lita bersama. Majulah Sukan Untuk Negara.


Sekian , wassalam.

1. Siapakah personaliti yang berikut, menjawat jawatan tertinggi di kalangan
mereka ?
A. Encik Baharom bin Salleh
B. Abdul Halim Hussain
C. Abdul Halim Hassan
D. Tan Sri DatoMohd. Rashdan

2. Apakah tujuan Tan Sri DatoMohd. Rashdan di jemput ke Kejohanan
Olahraga Kawasan Selatan ini ?
A. sebagai penasihat kejohanan
B. sebagai penonton kejohanan
C. sebagai perasmi kejohanan
D. sebagai hakim kejohanan

3. Yang manakah antara berikut bukan tujuan kejohanan ini diadakan ?
A. untuk mengeratkan silaturahim
B. untuk mencapai prestasi yang cemerlang
C. untuk memilih calon-calon yang layak dalam SUKOM 98
D. untuk meningkatkan semangat kesukanan

4. Perkataan prestasi dalam petikan ini boleh diganti dengan
A. potensi
B. persaingan
C. pencapaian
D. penilaian

5. Apakah insiatif pihak Telekom dalam menjayakan kejohanan ini ?
A. menyediakan kelengkapan sukan
B. menyediakan pelbagai program sukan
C. menjemput Tan Sri DatoMohd. Rashdan

D. memilih kakitangan yang aktif dalam sukan
0 Responses

Post a Comment