LAMAN CIKGU BAHRI
Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Kail mengena si ikan jelawat,
Ditangkap nelayan bersama lokan ;
Ekonomi negara semakin gawat,
Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,
Jati tumbuh di puncak bukit;
Jangan berbelanja sesuka hati,
Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Petang redup pergi ke pekan,
Pergi ke pekan menaiki basikal:
Belanja sekolah boleh dikurangkan,
Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,
Singgah sebentar di rumah Noja;
Barang tempatan patut diutamakan,
Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,
Pandai mengaji sopan tuturnya;
Jika tergerak untuk melancong,
Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,
Ditinggalkan bonda dalam bahtera;
Marilah kita bersatu padu,
Negara aman Rakyat sejahtera.


1. Apakah jenis puisi di atas?
A. Syair
B. Gurindam
C. Pantun nasihat
D. Pantun adat

2. Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali
A. pantun mempunyai pembayang dan maksud
B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata
C. pantun mempunyai rima yang sama
D. pantun di atas ialah pantun empat kerat

3. Manakah antara yang berikut BUKAN harapan penulis ?
A. Berjimat cermat
B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan
C. Teruskan bersatu padu
D. Mengaji dan berkelakuan sopan

4. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan tenangkan hati
menerima ujian kecuali
A. tidak menimbulkan kekecohan
B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak selamanya mewah         
C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana ada nikmatnya  

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri
0 Responses

Post a Comment