LAMAN CIKGU BAHRI
1.0 Analisis Item Ujian

Proses analisis item bagi soalan objektif dilaksanakan dengan menganalisis indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item yang dibina oleh Panitia Matematik SK Taman Damai Jaya. Analisis item akan dibuat melibatkan 40 item objektif. Analisis ini juga melibatkan kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Oleh itu daripada 37 orang murid, kami  memilih 12 orang murid sebagai kumpulan tinggi dan 12 orang murid sebagai kumpulan rendah. Dalam bahagian yang akan datang, kami akan mengirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk setiap item ujian dan rumuskan tahap kesukaran soalan atau item tersebut.
Dalam proses pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, kumpulan kami telah membina satu program dengan menggunakan Perisian Hamparan Elektronik (MS EXCEL). Dengan program yang dibina, kami dapat memudahkan proses pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi tanpa penggunaan kalkulator. Oleh yang demikian, kumpulan kami tidak mengalami masalah untuk mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk 40 item soalan. 
2.0       Indeks Kesukaran (I.K)
Indeks kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau sukar dijawab.  Pengukuran IK adalah bertujuan untuk mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati item yang dibina tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar.  Selain itu, IK juga mampu mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu sama ada murid dapat menguasai sesuatu sukatan itu.  IK turut memberi maklum balas kepada murid tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.
Bagi soalan berbentuk objektif, IK ini dikira dengan menggunakan nisbah murid yang menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan pelajar. Nilai IK adalah berada dalam julat 0.0 hingga 1.0. Semakin tinggi bilangan murid menjawab sesuatu item itu dengan betul, maka semakin mudah item tersebut (Wood, 1960).  Nilai dalam julat ini menunjukkan tahap kesukaran item yang semakin berkurang dari nilai 0.0 hingga 1.0.  Julat kesukaran item yang ideal adalah item yang nilai IK berada dalam lingkungan 0.3 hingga 0.8.  Jika nilai IK ialah kurang dari 0.3, maka ini bermakna item itu merupakan item yang sangar sukar.  Julat IK yang lebih dari 0.8 sehingga 1.00 pula merupakan item yang mudah dan item ini perlu diubah agar tahap kesukarannya dapat ditingkatkan. Julat IK dan tahap kesukaran item dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dalam Rajah 5.0(a) dan Rajah 5.0(b) Nitko (2004) berpendapat bahawa IK bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan. Misalnya item dalam julat IK nya dalam lingkungan 0.3 hingga 0.8 merupakan item sederhana dan item ini mengukur mengikut dua jenis keupayaan misalnya keupayaan membaca dan menulis. 

Indeks Kesukaran
Pentafsiran
Keputusan
IK < 0.3
Terlalu sukar
Ubahsuai
0.3 ≤ IK≤ 0.08
Sederhana
Terima
IK > 0.8
Terlalu mudah
Ubahsuai
Jadual 5.0 

2.1       Analisis Indeks Kesukaran
Nilai Indeks Kesukaran (IK) =           Bil. Calon jawab betul
                                                                                Jumlah calon cuba

Jadual 2.1.1 : Analisis IK Item 1
Item Ujian 1
Pilihan
A
B
C*
D
12 pelajar kumpulan Tinggi
1
0
11
0
12 pelajar kumpulan Rendah
4
2
6
0
                T + R
24
Indeks Kesukaran (IK)
0.71





*

Kunci ialah: C
Jadual 2.1.1 merupakan ringkasan bagi hasil analisis indeks kesukaran item objektif 1. Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item 1 dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks 0.3 ≤ IK ≤ 0.8. Maka tindakannya, item ini diterima dan dikekalkan dalam bank soalan.


Jadual 2.1.2 : Analisis Keseluruhan Indeks Kesukaran Item Objektif
Item
Bil Murid yang Betul
Indeks Kesukaran
Tafsiran
Keputusan
1
26
0.70
Sederhana
Terima
2
23
0.62
Sederhana
Terima
3
26
0.70
Sederhana
Terima
4
35
0.95
Terlalu mudah
Ubahsuai
5
33
0.89
Terlalu mudah
Ubahsuai
6
8
0.22
Terlalu sukar
Ubahsuai
7
16
0.43
Sederhana
Terima
8
12
0.35
Sederhana
Terima
9
8
0.22
Terlalu sukar
Ubahsuai
10
11
0.30
Terlalu sukar
Ubahsuai
11
16
0.43
Sederhana
Terima
12
20
0.54
Sederhana
Terima
13
26
0.70
Sederhana
Terima
14
12
0.35
Sederhana
Terima
15
21
0.57
Sederhana
Terima
16
23
0.62
Sederhana
Terima
17
35
0.95
Terlalu mudah
Ubahsuai
18
24
0.65
Sederhana
Terima
19
28
0.76
Sederhana
Terima
20
26
0.70
Sederhana
Terima
21
21
0.57
Sederhana
Terima
22
16
0.43
Sederhana
Terima
23
26
0.70
Sederhana
Terima
24
17
0.46
Sederhana
Terima
25
12
0.35
Sederhana
Terima
26
6
0.16
Terlalu sukar
Ubahsuai
27
11
0.30
Terlalu sukar
Ubahsuai
28
14
0.38
Sederhana
Terima
29
8
0.22
Terlalu sukar
Ubahsuai
30
9
0.24
Terlalu sukar
Ubahsuai
31
6
0.16
Terlalu sukar
Ubahsuai
32
28
0.76
Sederhana
Terima
33
12
0.35
Sederhana
Terima
34
28
0.76
Sederhana
Terima
35
20
0.54
Sederhana
Terima
36
16
0.43
Sederhana
Terima
37
8
0.22
Terlalu sukar
Ubahsuai
38
9
0.24
Terlalu sukar
Ubahsuai
39
9
0.24
Terlalu sukar
Ubahsuai
40
26
0.70
Sederhana
Terima


      Jadual 2.1.2 merupakan analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif. Jadual tersebut boleh dirujuk pada jawapan yang diberi oleh murid. Berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa sebanyak 26 item dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran 0.3 ≤ IK ≤ 0.8. Di samping itu, hanya 3 item objektif dalam lingkungan indeks kesukaran IK > 0.8 iaitu item terlalu mudah dan perlu diubahsuai. Manakala terdapat 11 item yang mempunyai indeks dalam lingkungan IK  0.3 yang ditafsirkan sebagai item yang terlalu sukar dan perlu diubahsuai

2.2       Pentaksiran item berdasarkan Indeks Kesukaran (I.K)


      Graf bar (rajah 2.2.1) dan graf pie (rajah 2.2.2) menunjukkan analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif iaitu sebanyak 40 soalan. Soalannya terdiri daripada soalan yang mudah, sederhana dan juga sukar. Hal ini menyebabkan terdapat perbezaan markah pada setiap murid. Murid menjawab soalan-soalan tersebut dengan kemampunan yang mereka perolehi. Kami mendapati bahawa sebanyak 26 item iaitu 65% daripada keseluruhan soalan adalah dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks kesukaran 0.3 ≤ IK ≤ 0.8. Secara keseluruhannya, semua murid dapat menjawab 26 soalan ini dengan baik dan ianya sesuai untuk murid-murid tersebut.
      Di samping itu, hanya 3 item objektif adalah 7.5% daripada keseluruhan soalan dalam lingkungan indeks kesukaran IK > 0.8 iaitu item terlalu mudah dan perlu diubahsuai. Dua item soalan (item soalan 4 dan 17) mempunya indeks kesukaran yang bernilai 0.96. Hal ini menunjukkan hampir semua murid dapat menjawab soalan 4 dan soalan 17 dengan terlalu mudah. Oleh itu, soalan ini tidak boleh disimpan dalam bank soalan dan perlu diubahsuai untuk menjadi soalan berkategori sederhana.
      Manakala terdapat soalan 6, 9, 10, 26, 27, 29, 30, 31, 37, 38 dan 39 sebanyak 11 item iaitu 27.5% daripada 40 soalan yang mempunyai indeks dalam lingkungan IK  0.3 yang ditafsirkan sebagai item yang terlalu sukar dan perlu diubahsuai. Terdapat dua soalan mempunyai indeks kesukaran kurang daripada 0.20 iaitu boleh ditafsir sebagai soalan yang amat sukar dan murid tidak dapat jawab. Hal ini dapat dilihat pada analisis jawapan murid pada kedua-dua soalan tersebut. 11 item soalan ini perlu diubahsuai untuk menurunkan tahap kesukaran kepada tahap sederhana supaya dapat dijawab oleh semua murid

3.0       Indeks Diskriminasi (I.D)
Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara murid kumpulan tinggi dan murid berkumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat bahawa item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi.  Julat ID boleh berada dalam lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi ramai murid kumpulan rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul.  Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya. 
ID untuk item peperiksaan di bilik darjah perlu melebihi 0.2, sekiranya pencapaian murid dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.2 (Mehrens dan Lehmann, 1991). Namun menurut Nitko (2004) pula, item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai ID melebihi 0.3.  ID sederhana adalah dalam lingkungan 0.2 hingga 0.4.  Item yang mempunyai ID lebih dari 0.4 merupakan item yang baik.
Analisis ID sesuatu item adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tidak dikuasai oleh murid kumpulan tinggi.  Selain itu, ID juga akan memberi maklum balas kepada murid kumpulan tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.  ID turut membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelah kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar.


Indeks Diskriminasi
Pentafsiran
Keputusan
ID > 0.4
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
0.2 < ID ≤ 0.4
Diskriminasi positif yang sederhana
Ubahsuai item dan cuba sekali
0 ≤ ID ≤ 0.2
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
ID < 0
Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi.
Item itu buruk dan harus dibuang

Jadual 3.0 (b) : Indeks Diskriminasi


3.1       Analisis Indeks Diskriminasi (I.D)

Nilai Indeks Diskriminasi = Beza antara kumpulan tinggi dengan rendah (BT-BR)
                                                             ½ Jumlah calon cuba



Jadual 3.1.1 : Analisis ID Item 1
Item Ujian 1
Pilihan
A
B
C*
D
12 pelajar kumpulan Tinggi
1
0
11
0
12 pelajar kumpulan Rendah
4
0
6
0
                T – R
5
Indeks Diskriminasi (ID)
0.42

* Kunci ialah: C
Jadual 3.1.1 merupakan ringkasan bagi hasil analisis indeks diskriminasi item objektif 1. Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item 1 ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang tinggi dimana ID > 0.4. Ia merupakan diskriminasi positif yang sederhana. Item ini perlu diubahsuai dan cuba sekali.

Jadual 3.1.1 : Analisis Keseluruhan Indeks Diskriminasi Item Objektif

Item
Kumpulan Tinggi Yang Betul
Kumplan Rendah Yang Betul
Indeks Diskriminasi
Tafsiran
Keputusan
1
11
6
0.42
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
2
12
5
0.58
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
3
12
7
0.42
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
4
12
11
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
5
11
10
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
6
5
0
0.42
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
7
9
3
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
8
7
1
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
9
6
1
0.42
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
10
7
0
0.58
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
11
8
2
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
12
10
3
0.58
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
13
12
5
0.58
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
14
9
1
0.67
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
15
12
3
0.67
. Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
16
13
4
0.75
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
17
12
11
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
18
12
4
0.67
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
19
12
6
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
20
8
9
-0.08
Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
Item buruk dan harus dibuang
21
10
2
0.67
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
22
10
0
0.83
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
23
12
4
0.67
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
24
11
1
0.83
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
25
4
4
0
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
26
4
0
0.33
Diskriminasi positif yang sederhana
Ubahsuai item dan cuba sekali
27
4
3
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
28
5
4
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
29
3
2
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
30
3
3
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
31
4
0
0.33
Diskriminasi positif yang sederhana
Ubahsuai item dan cuba sekali
32
9
10
-0.08
Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
Item buruk dan harus dibuang
33
4
3
0.08
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
34
13
7
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
35
6
7
-0.08
Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
Item buruk dan harus dibuang
36
8
2
0.5
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima
37
4
1
0.25
Diskriminasi positif yang sederhana
Ubahsuai item dan cuba sekali
38
2
2
0
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
39
3
3
0
Diskriminasi positif yang rendah
Tulis item semula
40
12
7
0.42
Diskriminasi positif yang tinggi
Amat sesuai diterima

    Petunjuk
-       Diskriminasi positif yang tinggi

-       Diskriminasi positif yang sederhana

-       Diskriminasi positif yang rendah

-       Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
 



3.2       Pentafsiran Item Berdasarkan Indeks Diskriminasi (I.D)


Rajah 3.2.1 menunjukkan graf bar analisis indeks diskriminasi

                                     Rajah 3.2.2 menunjukkan graf pie peratus
Graf bar (rujuk 3.2.1) dan graf pie (rajah 3.2.2) merupakan analisis keseluruhan indeks diskriminasi item objektif. Keputusan tersebut didapati daripada jawapan yang diberi oleh murid-murid 4 Aman. Kami dapati bahawa, 24 item iaitu 60% daripada keseluruhan soalan ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang tinggi I.D. > 0.4 dimana keputusannya amat sesuai diterima. Terdapat 2 soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi yang lebih daripada 0.70. Hal ini menunjukkan soalan-soalan ini mempunyai diskriminasi positif yang tinggi. Soalan-soalan ini mampu membezakan murid yang cerdas dan lemah dengan lebih berkesan. Oleh itu, item-item ini amat sesuai diterima dan boleh dikekalkan dalam kertas ujian. Item-item tersebut juga boleh disimpan dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan.
 Di samping itu, terdapat 3 item iaitu soalan 26, 31 dan 37 ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang sederhana 0.2 ≤ I.D. ≤ 0.4 dimana keputusannya item tersebut perlu diubahsuai dan cuba sekali. Ketiga – tiga item ini adalah menjadi 7.5% daripada keseluruhan soalan. Soalan-soalan tersebut perlu diubahsuai untuk meningkatkan diskriminasi positif untuk menjadikan soalan yang berkualiti dan boleh disimpan dalam bank soalan untuk ujian pada masa hadapan.
Selain itu, berdasarkan rajah-rajah tersebut kami mendapati bahawa 10 item ditafsir dalam kategori item yang mempunyai diskriminasi positif yang rendah 0 ≤ I.D. ≤ 0.2 iaitu 25% daripada keseluruhan soalan.  Keputusannya item tersebut perlu ditulis semula. Hal ini kerana soalan 4, 5, 17, 25, 27, 28, 29, 33, 38 dan 39 perlu diubahsuai untuk meningkatkan diskriminasi positif yang tinggi. Dengan itu, kesemua soalan ini dapat disimpan dalam bank soalan untuk menjamin ujian yang kualiti dan juga adil kepada semua murid.
Selanjutnya, didapati bahawa soalan 20, 32 dan 35 iaitu sebanyak 3 item ditafsir dalam kategori item yang negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi, I.D < 0 dimana keputusannya item tersebut ialah item buruk dan harus dibuang. Tiga soalan ini adalah 7.5% daripada keseluruhan soalan dalam kertas peperiksaan ini. Soalan sebegini tidak boleh diberi kepada murid kerana ia menjejaskan minda murid. Murid akan berasa tidak suka untuk menjawab soalan. Soalan ini perlu dibuang dan digantikan dengan soalan yang diskriminasinya positif yang tinggi supaya semua murid dapat menduduki ujian yang berkualiti dan adil.




4.0       Perbandingan Indeks

Perbandingan kedua-dua nilai IK dan ID bagi sesuatu item merupakan aspek yang penting untuk menentukan keputusan sama ada sesuatu item soalan itu dikekalkan, digugurkan atau perlu diperbaikkan.  Apabila maklumat berkenaan kedua-dua IK dan ID diperoleh untuk setiap item ujian, ia perlu dikumpulkan dan dibandingkan.  Tindakan seterusnya ialah menentukan sama ada item tersebut boleh dikekalkan sekiranya item tersebut berkualiti kerana mempunyai nilai IK dan ID dalam julat yang bersesuaian.  Item soalan yang sangat sukar boleh dipermudahkan manakala item yang sangat mudah perlu disukarkan.  Tindakan ini penting bagi mengumpulkan item yang berkualiti sahaja dalam bank soalan. Jadual 7.0 (a) menunjukkan perbandingan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi serta tindakan yang perlu diambil untuk menjamin kualiti kertas peperiksaan.



Jadual 4.0 (a): Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
serta Tindakan

Item
Indeks Kesukaran
Indeks Diskriminasi
Tindakan
1
0.70
0.42
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
2
0.62
0.58
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
3
0.70
0.42
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
4
0.95
0.08
Ubahsuai dan sukarkan
5
0.89
0.08
Ubahsuai dan sukarkan
6
0.222
0.42
Tulis semula
7
0.43
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
8
0.35
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
9
0.22
0.42
Tulis semula
10
0.30
0.58
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
11
0.43
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
12
0.54
0.58
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
13
0.70
0.58
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
14
0.35
0.67
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
15
0.57
0.67
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
16
0.62
0.75
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
17
0.95
0.08
Ubahsuai dan sukarkan
18
0.65
0.67
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
19
0.76
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
20
0.70
-0.08
Buang
21
0.57
0.67
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
22
0.43
0.83
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
23
0.70
0.67
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
24
0.46
0.83
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
25
0.35
0
Tulis semula
26
0.16
0.33
Tulis semula
27
0.30
0.08
Tulis semula
28
0.38
0.08
Tulis semula
29
0.22
0.08
Tulis semula
30
0.24
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
31
0.16
0.33
Tulis semula
32
0.76
-0.08
Buang
33
0.35
0.08
Tulis semula
34
0.76
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
35
0.54
-0.08
Buang
36
0.43
0.5
Terima, dikekalkan dan simpan Dalam bank soalan
37
0.22
0.25
Tulis semula
38
0.24
0
Tulis semula
39
0.24
0
Tulis semula
40
0.70
0.42
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

5.0       Analisis, Interprestasi, Komen Dan Cadangan Tentang Analisis Item
Tindakan
No. Item
Jumlah
Peratus (%)
Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
1, 2, 3, 7, 8, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 19, 21, 22, 23, 24, 30, 34, 36, 40
22
55
Ubahsuai dan sukarkan
4, 5, 17
3
7.5
Tulis semula
6, 9, 25, 26, 27, 28, 29, 31, 33, 37, 38, 39
12
30
Buang
20, 32, 35
3
7.5
Jadual 5.0 (a) menunjukkan tindakan susulan bagi item-item soalan berdasarkan keputusan perbandingan IK dan ID.

Jadual 5.0 (a) yang ditunjukkan di atas mempamerkan kesesuaian item 1 hingga 40 indeks kesukaran dan indeks diskriminasi dalam kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun Matematik Tahun 4. Daripada jadual 8.0 (a) di atas, kami dapat perhatikan bahawa 55%, iaitu sebanyak 22 item sesuai diterima kerana item-item ini mempunyai padanan nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang sesuai.
Walaupun jadual menyatakan item yang mempunyai indeks diskriminasi 0.2  I.D.  0.4 merupakan item yang perlu diubahsuaikan bagi tetapi menurut Nittko (2004), item yang dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah memiliki indeks diskriminasi yang melebihi 0.3. Jadi kami berpendapat bahawa item yang mempunyai indeks diskriminasi yang melebihi 0.3 adalah sesuai diterima. Oleh itu, kami merumuskan bahawa dalam Jadual, item-item yang mempunyai indeks kesukaran 0.3   dan indeks diskriminasi yang melebihi 0.3 akan ditafsir sebagai item yang sesuai diterima. 22 item tersebut boleh disimpankan dalam bank item item soalan untuk kegunaan masa hadapan.
Di samping itu, kami mendapati bahawa 30% daripada keseluruhan iaitu 12 item adalah item yang tidak sesuai untuk diterima dalam kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun Matematik tahun 4. Sebahagian daripada 30% item tersebut tidak dapat diterima disebabkan item-item tersebut mempunyai indeks kesukaran yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah yang ditafsir sebagai item yang terlalu mudah atau terlalu sukar. Item-item tersebut juga mempunyai indeks diskriminasi yang rendah, di mana ia bermaksud item tersebut tidak mampu membezakan murid-murid kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah secara berkesan. Oleh itu, item tersebut harus diubahsuaikan lagi dan tidak boleh diterima serta disimpan dalam bank item.

Oleh itu, bagi item-item tulis semula ini, boleh dikatakan mempunyai masalah dalam pokok soalan, stem atau opsyen yang diberi. Jika kita melihat item soalan 6 boleh dikatakan opsyen atau pilihan yang terdapat sukar untuk difahami oleh murid-murid. Maka, kami telah menukarkan pilihan yang terdapat ke aras mudah. 
5 Responses
  1. Yu.SHAINLI Says:

    mohon contoh yang boleh digunakan cikgu


  2. muiz Says:

    terima kasih cikgu,ilmu yang bermanfaat.



  3. Kamarul Says:

    Salam. Bagamaimana formula untuk mengira Indeks Diskriminasi bagi soalan subjektif ya? Terima kasih tuan.


  4. TripleA Says:

    Saya pun nak tanya soalan ni. Apa ya jawapannya


Post a Comment